TERKINI
Slaidshow sekolah

HALAMAN LOGIN

Sila masukkan nama & katalaluan diruangan yang disediakan.

Belum mendaftar lagi? Sila klik REGISTER. Terima kasih!

Home
Pertandingan Kawad Kaki Statik Di Sekolah PDF Print E-mail
Written by webmaster sekolah   
Thursday, 29 July 2010 20:46

Bahagian Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam telah pun mengadakan pertandingan kawad kaki statik baru-baru ini. Di bawah penyelarasan Encik Idrus, pertandingan ini dijalankan di kawasan tapak perhimpunan sekolah dengan dihakimi oleh para guru pelatih dari Institut Perguruan Gaya Kota Kinabalu Sabah. Pertandingan kawad kaki dilaksanakan untuk mempupuk semangat berpasukan peserta-peserta dan menampilkan kebijaksanaan dan keunikan dalam bidang kawad oleh peserta-peserta. Pengurusan yang cekap dan melaksanakan pertandingan secara sistematik amat diperlukan. Sistem ini hendaklah dipatuhi oleh jawatankuasa khususnya dalam jawatankuasa kecil kehakiman dan jawatankuasa pengelola. Tujuannya supaya pelaksanaan pertandingan menjadi lancar dan mengelakkan sebarang kelemahan.

 
Pertandingan Koir Program Gerakan Tabiat Membaca PDF Print E-mail
Written by webmaster sekolah   
Wednesday, 28 July 2010 20:34

Ahlijawatankuasa Pertandingan Koir Program Gerakan Tabiat Membaca Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam telah pun berlangsung baru-baru ini. Kelihatan dalam gambar adalah persembahan dari Kelas Tahun 2 dibawah pimpinan Cikgu Danial Faiz dan Cikgu Bernadette Mujah. Mereka menyanyikan lagu budaya membaca dan Oh bulan. Ingin selamat di dunia, milikilah ilmu, ingin selamat di akhirat milikilah ilmu. Ilmu ada di dalam buku. Oleh itu membaca adalah jendela dunia.

 
Lawatan BTPN Melawat Pusat Akses Sekolah PDF Print E-mail
Written by webmaster sekolah   
Monday, 26 July 2010 20:22

Baru-baru ini rombongan pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah dan Pusat Kegiatan Guru Kota Kinabalu Sabah telah datang melawat Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam. Tujuan lawatan ini adalah berkaitan dengan laporan kabel 'fibre optic' pusat akses terputus. Warga sekolah amat berterima kasih di atas kehadiran para pegawai BTPN melawat pusat akses ini. Pelaksanaan pusat akses sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah.

 
Aktiviti NILAM Di Sekolah PDF Print E-mail
Written by webmaster sekolah   
Sunday, 25 July 2010 20:06

Aktiviti NILAM di Sekolah Kebangsaan Kionsom Inanam ini dibawah kendalian guru pusat sumber sekolah. Nadi Ilmu Amalan Membaca atau ringkasnya NILAM merupakan penggabungan atau adunan ke semua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Matlamat aktiviti NILAM ini ialah menanam minat membaca di kalangan rakyat malaysia khususnya murid sekolah sehingga wujudnya tabiat membaca dan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Last Updated on Friday, 30 July 2010 20:19
 
Program bersama ibubapa menandatangani buku rekod murid PDF Print E-mail
Written by Pentadbir Portal Sekolah   
Monday, 12 July 2010 15:55
Pada 12hb. Julai 2010 yang lalu bersamaan hari Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan program bersama ibubapa untuk proses menandatangani buku rekod murid dan mengisi borang KWAMP bagi mereka yang layak. Program ini berula dari jam 8.00 pagi sehinggalah jam 12.00 tengahari. Lokasi ini dijalankan di kelas masing-masing iaitu bagi ibubapa yang anaknya berada di tahun 1 maka kelas tahun satulah ibubapa dan guru berbincang tentang mata pelajaran seterusnya menandatangani buku rekod anak mereka. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan  yang baik dari ibubapa. Selesai sahaja ibubapa menandatangani buku rekod murid, ibubapa bolehlah membawa anak mereka pulang.
 
Pembelajaran ICT Sekolah Rendah Merentasi Subjek Bahasa Malaysia PDF Print E-mail
Written by Pentadbir Portal Sekolah   
Tuesday, 08 June 2010 16:55

Unit ICT SK Kionsom Inanam sedang menganjurkan Program Pembelajaran ICT Merentasi Subjek Bahasa Malaysia untuk murid-murid dari Tahun 2 sehingga Tahun 6. Program ini julung-julung kali diadakan dan ianya diteruskan ke tahun berikutnya bergantung kepada peralatan ict yang dibekalkan di sekolah ini. Program ini sebenarnya  bermula dari penggal kedua dan berakhir pada bulan Oktober tahun ini. Adalah diharapkan agar murid-murid yang berada di luar bandar ini khasnya SK Kionsom Inanam ini tidak ketinggalan dalam pembudayaan ict di peringkat sekolah ini.
Last Updated on Thursday, 08 July 2010 17:10
 
Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu (SR) Tahap 1 & 2 Kota Kinabalu Sabah PDF Print E-mail
Written by Pentadbir Portal Sekolah   
Sunday, 16 May 2010 21:41

Pada 8hb. Mei 2010 yang lalu, SK Kionsom telah menghantar penyertaan ke Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Sekolah Rendah untuk Tahap 1 dan 2 Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu Sabah. Pertandingan ini berlangsung di SK Tanjung Aru 1 dan perasmian penutupan telah disempurnakan oleh Dr. Hj Mohd Kassim bin Hj. Mohd Ibrahim selaku Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu Sabah. Penyertaan dari setiap sekolah dalam daerah Kota Kinabalu amat menggalakkan dan ternyata SK Kionsom Inanam pada tahun ini hanya sekadar menimba pengetahuan untuk dijadikan garis panduan pada pertandingan bercerita akan datang. Walau bagaimanapun diucapkan syabas dan tahniah kepada SK Kionsom Inanam.
Last Updated on Sunday, 16 May 2010 21:52
 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2

PAPAN KENYATAAN

Perayaan Hari Guru SK Kionsom Inanam
Kepada ibubapa /  penjaga murid, SK Kionsom akan mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 20hb. Mei 2010. Murid-murid akan belajar seperti biasa pada jam 0720 hingga 1020. Selepas itu murid-murid akan menyertai Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat SK Kionsom. Majlis ini dijangkakan akan berakhir pada jam 1100 pagi. Oleh itu diminta ibubapa / penjaga murid memberi kerjasama untuk mengambil anak masing-masing atau memaklumkan kepada pengusaha bas sekolah mengambil anak pada masa yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.
 
Seminar Keibubapaan Kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kionsom Inanam
Kepada ibubapa / penjaga murid, satu seminar yang bertajuk "Ibubapa Penjana Kecemerlangan Anak" akan berlangsung di sekolah ini pada 29hb. April 2010. Penceramah jemputan ialah Haji Saawi bin Haji Salleh dari Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah.
 
Pertandingan Koir Minggu Gerakan Membaca SK Kionsom Inanam

Satu pertandingan koir sempena Minggu Gerakan Membaca di bawah kelolaan Pusat Sumber SK Kionsom Inanam akan berlangsung pada ketetapan berikut :

  • 27hb. Julai 2010
  • Selasa
  • Lokasi : Kelas Tahun 4 & 5

Semua Warga SK Kionsom Inanam dijemput hadir!

 
Program Skor UPSR 2010

Program Skor UPSR 2010 dengan tajuk "Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan UPSR" akan berlangsung pada ketetapan berikut :

  • 21 & 22hb. Julai 2010
  • Rabu & Khamis
  • Lokasi : Makmal Komputer SK Kionsom Inanam

Semua murid-murid tahun 6 SK Kionsom Inanam diwajibkan hadir!

 
Alumni SK Kionsom Inanam

Kepada bekas murid-murid yang pernah belajar di SK Kionsom Inanam, anda dialu-alukan untuk melayari web sekolah ini..

 

SIAPA ONLINE

We have 26 guests online

KOTAK PESANAN

Latest Message: 1 day, 16 hours ago
  • Pentadbir Po : Warga sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru pelatih IPG Gaya di atas khidmat cemerlang membuat latihan mengajar di sekolah ini. 8-)
  • Guru ICT Sek : sebarang pertanyaan lanjut bolehlah tanya di sini «email» :geek:
  • Guru ICT Sek : Kerja yang baik adalah hasil usaha yang baik juga. ;)
  • FAZLYSHAH MO : Tahniah kerana berjaya mewujudkan portal sekolah ini. Sangat menarik untuk dikongsi.
  • nabilah zara : terima kasih cikgu semoga diberi ganjaran pahala
  • Magdelena Ye : tq at least now boleh dpt idea dr web ini..
  • zurita binti : sebenarnya,sy sgt berterima kasih..kerana web sek ini yang memuatkan soalan pendidikan moral....di tempat sy,sangat susah untuk mencari bahan pendidikan moral.Barangkali kerana minoriti di sek.
  • shahidah : tq kepada guru2 ye..bagus website ni. syukran
  • cikgu amli : TERIMA KASIH
  • Mohd.Rais Za : terima kasih atas paparan ilmiah dan sumber-sumber yang berguna & berinformasi khususnya untuk para guru. syabas kpd seluruh warga SK Kionsom

Only registered users are allowed to post

KURSUS LAMAN WEB

Komuniti JoomlaSabah

RANKING PENDIDIKAN

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

PAUTAN PENTING

KPM
JPNSABAH
PPDKK
BTPNKK
PKGKK
EDUWEBTV
EMISONLINE
SPPICTS
SSQS
STS
KAMUSONLINE

JADUAL GAJI

BULAN TARIKH
Januari 25.01.2010
Februari 08.02.2010
Mac 25.03.2010
April 22.04.2010
Mei 24.05.2010
Jun 24.06.2010
Julai 22.07.2010
Ogos 25.08.2010
September 23.09.2010
Oktober 25.10.2010
November 10.11.2010
Disember 20.12.2010

NILAI-NILAI MURNI

1 Baik Hati
2 Jujur
3 Berdikari
4 Rajin
5 Berhemah Tinggi
6 Kerjasama
7 Hormat
8 Sederhana
9 Kasih Sayang
10 Bersyukur
11 Adil
12 Patriotisme
13 Bebas
14 Rasional
15 Berani
16

Semangat Bermasyarakat

MENU SLAIDSHOW

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PLC2
PERTANDINGAN BOLA JARING PLC2

PEMAJU JARINGAN


MCdN
July 2010
M T W T F S S
28 29 30 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31 1

PEPERIKSAAN UPSR

Selamat menduduki peperiksaan UPSR!

EMEL KRU PORTAL

webmaillogo_copy

KOLEKSI GALERI

FLASH ALQURAN

alquran

KALENDER SEKOLAH

No events

KOLEKSI SOALAN

TN_stress_323

AHLI TERKINI MENJAWAB SOALAN ONLINE

Tahniah kepada ...
Soalan Matematik Ibrahim 100.00 %
Soalan Matematik Ibrahim 50.00 %
Soalan Matematik Zuhaidi Yunus 100.00 %
Soalan PTK Generik / Umum Guru ICT Sekolah 90.00 %
Soalan Bahasa Inggeris richard 0.00 %

BANCIAN ANDA

Dari sumber manakah anda mengetahui portal web sekolah kami?
 

JEJAK PELAWAT

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini51
mod_vvisit_counterKelmarin64
mod_vvisit_counterMinggu Ini385
mod_vvisit_counterMinggu Lalu523
mod_vvisit_counterBulan Ini2077
mod_vvisit_counterBulan Lalu1424
mod_vvisit_counterKeseluruhan22153

Alamat IP Anda: 38.107.191.82
Now is: 2010-07-31 13:13

BANK ONLINE

logoeon

JUMLAH PELAWAT

pipp_01

[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color