|
Program bersama ibubapa menandatangani buku rekod murid |
|
|
|
|
Written by Pentadbir Portal Sekolah
|
|
Monday, 12 July 2010 15:55 |
|
Pada 12hb. Julai 2010 yang lalu bersamaan hari Sabtu, pihak sekolah telah mengadakan program bersama ibubapa untuk proses menandatangani buku rekod murid dan mengisi borang KWAMP bagi mereka yang layak. Program ini berula dari jam 8.00 pagi sehinggalah jam 12.00 tengahari. Lokasi ini dijalankan di kelas masing-masing iaitu bagi ibubapa yang anaknya berada di tahun 1 maka kelas tahun satulah ibubapa dan guru berbincang tentang mata pelajaran seterusnya menandatangani buku rekod anak mereka. Alhamdulillah program ini mendapat sambutan yang baik dari ibubapa. Selesai sahaja ibubapa menandatangani buku rekod murid, ibubapa bolehlah membawa anak mereka pulang.
|