|
Pemulihan Di SK Kionsom Inanam |
|
|
|
|
Written by Ketua Pentadbir Web
|
|
Tuesday, 14 June 2011 07:59 |
|
Dalam proses pendidikan, pemulihan ialah suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR.
Antara lain objektifnya ialah seperti :
-
Membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka;
-
Memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara satu dengan yang lain;
-
Memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;
-
Meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahan biasa;
-
Membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap positif terhadap pelajaran;
-
Membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang boleh menjejaskan pelajaran.
|
|
Last Updated on Tuesday, 14 June 2011 08:15 |