Ceramah Khas Malaria dari Kementerian Kesihatan Malaysia Inanam PDF Print E-mail
Written by Ketua Pentadbir Web   
Friday, 24 June 2011 14:12

Dalam mengharungi kehidupan ini, manusia perlu berhadapan dengan pelbagai penyakit. Salah satu darinya ialah malaria yang merupakan penyakit yang menakutkan. Istilah malaria ini diperkenalkan oleh Dr. Francisco Torti pada abad ke-17. Dalam perkataan Itali malaria bermaksud udara kotor.

Penyakit malaria ini kerap menjangkiti penduduk di kawasan tropika. Kajian menunjukkan bahawa di akhir abad ke 20 seramai 250 juta manusia dijangkiti malaria. Daripada jumlah tersebut 2 juta penduduk menemui maut. Antara tempat yang dijangkiti secara konstan ialah di Sahara Afrika. Penyakit ini juga ditemui di Malaysia, Singapura, China dan lain-lain negara di Asia.

Dalam pada itu pelbagai ubat telah dicari untuk mengubati penyakit malaria ini. Salah satu darinya ialah melalui pengekstrakan tumbuhan yang berkhasiat tinggi. Adalah dipercayai bahawa sesetengah tumbuhan dapat mengubat penyakit malaria ini. Pada pertengahan tahun 1940 pembasmian penyakit malaria mula dipraktikan kerana penghasilan antimalaria yang berkesan seperti klorokuin dan pamakuin. Namun begitu penggunaan racun serangga yang murah iaitu DDT telah gagal untuk membunuh nyamuk Anopheles yang kian membiak ketika itu.

Dalam tahun 1986, dianggarkan bahawa 400 juta penduduk tinggal di negara yang terdapat jangkitan malaria. Seterusnya seramai 1600 juta penduduk pula akan terdedah kepada penyakit ini. Oleh itu sehingga hari ini penyakit malaria masih lagi kekal sebagai satu penyakit yang merbahaya kepada seluruh penduduk dunia terutamanya yang tinggal di kawasan tropika panas.

Last Updated on Monday, 25 July 2011 21:19
 




DARI : mariam67
May.12.12 07:50:12
DARI : brabus069
Apr.12.12 00:29:29
DARI : suhbah
Jan.07.12 13:44:33
DARI : alieya
Oct.11.11 21:25:38
DARI : alieya
Oct.11.11 21:24:45
DARI : alieya
Jul.26.11 12:43:42
Senarai 5 ahli yang terakhir menjawab soalan online ...
Soalan Bahasa Inggeris rina 50.00 %
Soalan Pendidikan Muzik vanture 70.00 %
Soalan Pendidikan Muzik wong fei hong 90.00 %
Soalan Pengetahuan Pemulihan zulkaernayn 30.00 %
Soalan Pengetahuan Pemulihan zulkaernayn 100.00 %

[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color