Dasar Kelayakan Skim Pinjaman Buku Teks PDF Print E-mail
Written by Pentadbir Portal Sekolah   
Wednesday, 12 May 2010 22:53

DASAR KELAYAKAN SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

1.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama Rakyat yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan RM2,000.00 ke bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.

 

2.

Murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan RM1,000.00 ke bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks tanpa mengira bilangan anak atau tanggungan.

 

3.

Murid-murid yang ibu bapa atau penjaga yang sah atau salah seorang daripada mereka yang sedang berkhidmat atau telah bersara daripada jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan adalah layak untuk menerima bantuan pinjaman buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

4.

Murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional yang ibu bapa atau penjaga mereka berpendapatan seperti dalam jadual di bawah adalah layak menerima pinjaman buku teks.

 

 

PENDAPATAN IBU BAPA

ATAU PENJAGA

KELAYAKAN MENDAPAT PINJAMAN BUKU TEKS

i)

RM700.00 dan ke bawah

Semua anak yang bersekolah layak diberi pinjaman buku teks.

ii)

RM701.00 hingga RM800.00

Perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.

iii)

RM801.00 hingga RM900.00

Perbelanjaan membeli buku teks bagi dua orang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.

iv)

RM901.00 hingga RM1,000.00

Perbelanjaan membeli buku teks bagi tiga orang anak yang bersekolah ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga, anak-anak yang lain diberi pinjaman buku teks.

Bagi (ii), (iii) dan (iv), Kementerian Pendidikan akan memberi pinjaman buku teks kepada anak-anak di darjah atau tingkatan yang lebih tinggi. Ibu bapa atau penjaga hendaklah menanggung perbelanjaan membeli buku teks bagi seorang atau dua orang atau tiga orang di darjah atau tingkatan yang terendah.

Last Updated on Monday, 17 May 2010 11:51
 




DARI : mariam67
May.12.12 07:50:12
DARI : brabus069
Apr.12.12 00:29:29
DARI : suhbah
Jan.07.12 13:44:33
DARI : alieya
Oct.11.11 21:25:38
DARI : alieya
Oct.11.11 21:24:45
DARI : alieya
Jul.26.11 12:43:42
Senarai 5 ahli yang terakhir menjawab soalan online ...
Soalan Bahasa Inggeris rina 50.00 %
Soalan Pendidikan Muzik vanture 70.00 %
Soalan Pendidikan Muzik wong fei hong 90.00 %
Soalan Pengetahuan Pemulihan zulkaernayn 30.00 %
Soalan Pengetahuan Pemulihan zulkaernayn 100.00 %

[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color