Sejarah Hoki PDF Print E-mail
Written by Pentadbir Portal Sekolah   
Monday, 17 January 2011 16:57

Adalah tidak diketahui dengan tepat bagaimana dan dari mana perkataan hoki
atau hockey berasal. Hanya terdapat catatan rekod yang menyatakan permainan
menggunakan kayu dan bola yang kemudiannya didakwa sebagai permulaan
permainan hoki sekarang, pada zaman kuno lagi. Menurut catatan itu, ia dimainkan
oleh orang-orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M. lagi. Akan tetapi
permainan ini kemudiannya terus lenyap, sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia
pertama kali diperkenalkan di England.
Kedatangan permainan ini ke England telah menaikkan semangat dan menarik minat
masyarakat di negara tersebut ketika itu. Ramai yang mula bermainnya. Oleh kerana
tiada suatu peraturan atau undang-undang khusus untuknya, pelbagai cara dan teknik
permainan digunakan. Ini sering berlaku kekecohan sehingga selalu pula berlaku
pergaduhan dan pertumpahan darah. Dengan kata lain, cara permainan yang tidak
teratur ini mendatangkan risiko kepada para pemainnya. Akhirnya pihak atasan
Britain terus mengharamkannya.
Dalam pada itu, sebagai permainan, hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak
negara dunia. Undang-undang tentangnya mula direka.Walaupun usaha ini memakan
masa yang lama, namun ia mendatangkan manafaat kepada permainan ini
kemudiannya. Dengan adanya undang-undang dan peraturan ini, maka dapatlah
permainan ini dimainkan dengan lebih teratur dan mudahlah lagi bagi mereka yang
mahu mempelajarinya.
Dahulunya, permainan hoki dikenali dengan berbagai-bagai nama atau panggilan.
Contohnya di Wales ia dikenali dengan banty atau bandy.Perkataan hockey pula
diambil dari perkataan Perancis, iaitu hoquet. Adalah difahamkan, iaitu nama ini telah
diinggeriskan menjadi hockey ( hoki ).
Apabila hoki diterima semula oleh pemerintah Britain, maka bermulalah era baru
kepada permainan ini. Bukan sahaja kaum lelaki yang bermain, malah kaum
perempuan pun turut bermain. Pasukan hokipertama ditubuhkan di negara tersebut
pada tahun 1840, dan Kelab Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab
hoki pertama dan tertua di dunia. Kelab ini menubuhkan pasukan hokinya pada tahun
1861. Kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, yang antara lain ialah
cara bermain, penggunaan pengadil, kawasan permainan yang terhad, dan mengenkan
hukuman kepada pemain yang melakukan kesalahan.
Berikutan dengan itu, undang-undang hoki telah digubal serta diperkemaskan dalam
satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, Wimbledon
Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang lebih baik dan kemas untuk
permainanini. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini
merupakan salah satu sukan yang paling diminati di dunia. Dari England permainan
ini tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa negara
Eropah.
 




DARI : mariam67
May.12.12 07:50:12
DARI : brabus069
Apr.12.12 00:29:29
DARI : suhbah
Jan.07.12 13:44:33
DARI : alieya
Oct.11.11 21:25:38
DARI : alieya
Oct.11.11 21:24:45
DARI : alieya
Jul.26.11 12:43:42
Senarai 5 ahli yang terakhir menjawab soalan online ...
Soalan Bahasa Inggeris rina 50.00 %
Soalan Pendidikan Muzik vanture 70.00 %
Soalan Pendidikan Muzik wong fei hong 90.00 %
Soalan Pengetahuan Pemulihan zulkaernayn 30.00 %
Soalan Pengetahuan Pemulihan zulkaernayn 100.00 %

[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color