Sejarah Tunas Puteri Malaysia PDF Print E-mail
Written by Pentadbir Portal Sekolah   
Sunday, 12 July 2009 00:35

Logo Pandu Puteri Malaysia

1917

Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya

1919

Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang

1921

Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak

1920an

Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur

1923

Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang

1924

Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924

1925

Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan

1925

Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang.

Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya.

1928

Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit.

1932

Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu.

1934

Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya.

1937-1946

Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun.

1947

Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu.

Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya.

1948-1960

Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara.

1957

Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan.

1960

PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece.

1962

PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember.

1964

Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963.

1967-1976

Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas.

1969

Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu.

1977-1986

Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara.

1986

PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor.

1987-1996

Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan.

1997

Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula.

1998

Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98.

1999

Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa.

2000

8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre.
Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China.

Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian.

20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa;
‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China)

2001

7-12 September – Kem Integrasi 2001:
Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor.

Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand

2002

April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia.

2003

Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik).

Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

2004

Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat.

Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanak-kanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu.

Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia".

2005

21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini.

Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan.

16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan.

16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara.

17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah.

2006

Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa:

Nama Lama

Nama Baru

Tunas Puteri

Pandu Puteri Tunas

Pandu Puteri

Pandu Puteri Remaja

Renjer Puteri

Pandu Puteri Renjer

Kadet Puteri

Pandu Puteri Kadet


Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer.

13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta.

1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM.

26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak.

9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta.

9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu.

Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor.

2007

Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy.

19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara

1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9

3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Kedua-dua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda.

6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian.

7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM

6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM

9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri

25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia

2008

19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah

6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011

17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom

Untuk mencapai hasrat membentuk ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin yang berkualiti, bersemangat kental, progresif, dinamik dan mampu menangani pelbagai saingan dan perubahan dunia di alaf baru, PPPM telah merancang, melaksana dan melibatkan semua pihak dalam pelbagai program baru

Dalam usia 86 tahun kecemerlangan PPPM semakin meningkat dan terserlah di bawah kepimpinan Ketua Pesuruhjaya, Pengurus Kepanduan dan pemimpin-pemimpin yang berpengalaman dan gigih. Melalui Kursus Membina Imej Kepanduan untuk Pesuruhjaya Negeri, Pesuruhjaya Ibu Pejabat dan Jurulatih serta Persidangan Jurulatih Tahunan, PPPM akan terus maju dalam usaha meningkatkan jumlah wanita muda menjadi pemimpin dan terlibat dalam aktiviti antarabangsa.

 

Last Updated on Sunday, 12 July 2009 00:44
 
Senarai 5 ahli yang terakhir menjawab soalan online ...
Soalan Bahasa Malaysia zuraini 70.00 %
Soalan Pendidikan Muzik freddy fridorin 70.00 %
Soalan Bahasa Malaysia freddy fridorin 80.00 %
Soalan Pendidikan Muzik Yusennendra Jahamin 60.00 %
Soalan Matematik Yusennendra Jahamin 100.00 %

PAPAN KENYATAAN

Perayaan Hari Guru SK Kionsom Inanam
Kepada ibubapa /  penjaga murid, SK Kionsom akan mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 20hb. Mei 2010. Murid-murid akan belajar seperti biasa pada jam 0720 hingga 1020. Selepas itu murid-murid akan menyertai Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat SK Kionsom. Majlis ini dijangkakan akan berakhir pada jam 1100 pagi. Oleh itu diminta ibubapa / penjaga murid memberi kerjasama untuk mengambil anak masing-masing atau memaklumkan kepada pengusaha bas sekolah mengambil anak pada masa yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih.
 
Seminar Keibubapaan Kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kionsom Inanam
Kepada ibubapa / penjaga murid, satu seminar yang bertajuk "Ibubapa Penjana Kecemerlangan Anak" akan berlangsung di sekolah ini pada 29hb. April 2010. Penceramah jemputan ialah Haji Saawi bin Haji Salleh dari Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah.
 
Pertandingan Koir Minggu Gerakan Membaca SK Kionsom Inanam

Satu pertandingan koir sempena Minggu Gerakan Membaca di bawah kelolaan Pusat Sumber SK Kionsom Inanam akan berlangsung pada ketetapan berikut :

  • 27hb. Julai 2010
  • Selasa
  • Lokasi : Kelas Tahun 4 & 5

Semua Warga SK Kionsom Inanam dijemput hadir!

 
Program Skor UPSR 2010

Program Skor UPSR 2010 dengan tajuk "Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan UPSR" akan berlangsung pada ketetapan berikut :

  • 21 & 22hb. Julai 2010
  • Rabu & Khamis
  • Lokasi : Makmal Komputer SK Kionsom Inanam

Semua murid-murid tahun 6 SK Kionsom Inanam diwajibkan hadir!

 
Alumni SK Kionsom Inanam

Kepada bekas murid-murid yang pernah belajar di SK Kionsom Inanam, anda dialu-alukan untuk melayari web sekolah ini..

 

KOTAK PESANAN

Latest Message: 7 hours, 49 minutes ago
  • Ketua Paniti : Bahan muat turun boleh didapati melalui forum pada ketika ini. Sentiada UPDATE
  • daut anak ta : tq, utk halaman ini dan halalkan apa yg dimuatturun.
  • valentine hi : terima kasih kerana menyediakan ruangan ini untuk berkongsikan ilmu.
  • Guru ICT Sek : Senang aje tu.. ikut kursus seperti dalam ruangan iklan kat bawah ni
  • yusri : hiiii....nak wat website sekolah camni camneee...leh bg tutorial tak...utk makluman sy cg dr perak
  • shahila : actually thanks 4 the resources from downloading,but its great if u join come with the answering scheme..thanks a lot.
  • suriani : salam..minta dihalalkan info yang saya ambil dari laman ni..
  • Timur Waja : Saya di sini ingin meninjau dan melihat susun atur laman ini, dan juga untuk mencari bahan2 berguna untuk muat turun bahan.... Terima kasih, semoga dihalalkan apa yang telah dimuat turun....
  • azlan : halalkan ape y telah didownload... tq veri much!!
  • hj ab mubim : tq for the helpful and useful downloads.

Only registered users are allowed to post

RANKING PENDIDIKAN

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

PAUTAN PENTING

KPM
JPNSABAH
PPDKK
BTPNKK
PKGKK
EDUWEBTV
EMISONLINE
SPPICTS
SSQS
STS
KAMUSONLINE

JADUAL GAJI

BULAN TARIKH
Januari 25.01.2010
Februari 08.02.2010
Mac 25.03.2010
April 22.04.2010
Mei 24.05.2010
Jun 24.06.2010
Julai 22.07.2010
Ogos 25.08.2010
September 23.09.2010
Oktober 25.10.2010
November 10.11.2010
Disember 20.12.2010

NILAI-NILAI MURNI

1 Baik Hati
2 Jujur
3 Berdikari
4 Rajin
5 Berhemah Tinggi
6 Kerjasama
7 Hormat
8 Sederhana
9 Kasih Sayang
10 Bersyukur
11 Adil
12 Patriotisme
13 Bebas
14 Rasional
15 Berani
16

Semangat Bermasyarakat

MENU SLAIDSHOW

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PLC2
PERTANDINGAN BOLA JARING PLC2

PEMAJU JARINGAN


MCdN

RUANGAN IKLAN

KURSUS LAMAN WEB

Komuniti JoomlaSabah

HALAMAN LOGIN

September 2010
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
PEPERIKSAAN UPSR 21.09.2010 12:00 16 Days

FLASH ALQURAN

alquran

KALENDER SEKOLAH

Sun Sep 05, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Mon Sep 06, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Tue Sep 07, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Wed Sep 08, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Thu Sep 09, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Fri Sep 10, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Sat Sep 11, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Sun Sep 12, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2

EMEL KRU PORTAL

webmaillogo_copy

KOLEKSI SOALAN

TN_stress_323

Galeri Aktiviti Sekolah

Sebahagian dari guru perempuan SK Kionsom Inanam

BANK ONLINE

logoeon

http://www.skkionsom.edu.my


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color