Kepada ibubapa / penjaga murid, SK Kionsom akan mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah pada 20hb. Mei 2010. Murid-murid akan belajar seperti biasa pada jam 0720 hingga 1020. Selepas itu murid-murid akan menyertai Majlis Perayaan Hari Guru Peringkat SK Kionsom. Majlis ini dijangkakan akan berakhir pada jam 1100 pagi. Oleh itu diminta ibubapa / penjaga murid memberi kerjasama untuk mengambil anak masing-masing atau memaklumkan kepada pengusaha bas sekolah mengambil anak pada masa yang telah ditetapkan. Sekian, terima kasih. |
Kepada ibubapa / penjaga murid, satu seminar yang bertajuk "Ibubapa Penjana Kecemerlangan Anak" akan berlangsung di sekolah ini pada 29hb. April 2010. Penceramah jemputan ialah Haji Saawi bin Haji Salleh dari Pejabat Pelajaran Kota Kinabalu Sabah. |
Satu pertandingan koir sempena Minggu Gerakan Membaca di bawah kelolaan Pusat Sumber SK Kionsom Inanam akan berlangsung pada ketetapan berikut :
- 27hb. Julai 2010
- Selasa
- Lokasi : Kelas Tahun 4 & 5
Semua Warga SK Kionsom Inanam dijemput hadir! |
Program Skor UPSR 2010 dengan tajuk "Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan UPSR" akan berlangsung pada ketetapan berikut :
- 21 & 22hb. Julai 2010
- Rabu & Khamis
- Lokasi : Makmal Komputer SK Kionsom Inanam
Semua murid-murid tahun 6 SK Kionsom Inanam diwajibkan hadir! |
Kepada bekas murid-murid yang pernah belajar di SK Kionsom Inanam, anda dialu-alukan untuk melayari web sekolah ini.. |