Laporan Minggu Matematik SK Kionsom 2010 PDF Print E-mail
Written by Panitia Matematik   
Tuesday, 28 September 2010 21:20

LAPORAN TENTANG AKTIVITI PADA MINGGU MATEMATIK

“KENALI DAN CINTAI MATEMATIK”

 

Program ini dijalankan sempena menyambut minggu matematik dan kami manfaatkan minggu ini dengan menyediakan pelabagai pertandingan yang menarik khas untuk semua murid SK Kionsom.  Program ini berlangsung di SK Kionsom, Inanam dan dianjurkan oleh guru-guru Matematik SK Kionsom pada tarikh 19 hingga 23 Julai 2010.

 

Jika kita lihat dari segi rasionalnya, mata pelajaran Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang tidak asing lagi di setiap sekolah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Walau bagaimanapun, mata pelajaran ini dianggap sukar bagi pelajar yang tidak berminat dengan subjek in terutamanya melibatkan sifir darab. Kesan daripada ini menyebabkan ramai murid di sekolah masih lemah dalam menguasai sifir darab. Dengan adanya aktiviti ini, membolehkan murid melibatkan murid melibatkan secara aktif seterusnya menarik minat mereka untuk mempelajari Matematik sejajar dengan tema minggu Matematik iaitu Kenali Dan Cintai matematik.

 

Maka, objektif bagi aktiviti ini ialah selain dapat meningkatkan penguasaan fakta asas sifir darab, murid juga berpeluang untuk meningkatkan prestasi Matematik dan sekaligus daoat melahirkan murid yang bijak dalam sifir darab seterusnya dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan matematik. Dan aktiviti yang dijalankan juga mampu untuk menarik murid mempelajari matematik dan memuuk kerjasama melalui aktiviti yang dirancang.

 

Maka, diantara aktiviti-aktiviti yang kami telah lakukan sepanjang minggu matematik ialah pada hari isnin iaitu 19 Julai 2010, kami telah adakan pertandingan “Magic Square”, sasaran bagi pertandingan ini ialah murid-murid tahap dua sahaja dan lokasinya bertempat di makmal komputer. Aktiviti yang juga dijalankan pada hari tersebut ialah bijak sifir iaitu Tahun 2 hingga Tahun 6. Dan guru yang mengendalikan pada hari tersebut ialah En. Danial F.Ngah dan saya, iaitu En. Delver Yunus.

 

Kemudian, hari kedua iaitu hari selasa (20 Julai 2010) pertandingan yang diadakan ialah teka jumlah wang belian Hamper. Iaitu hampernya ialah dalam bentuk alat tulis dan pertandingan ini terbuka kepada kesemua murid SK. Kionsom, Inanam dan ia dijalankan di Tapak perhimpunan dan guru yang mengendalikannya ialah Pn. Hazellyne J dan Pn. Rujinah S.

 

Kemudian, hari ketiga iaitu hari Rabu pada 21 Julai 2010, pertandingan mewarna poster Matematik dijalankan dan ia melibatkan kesemua kelas dan ia dilaksanakan di Makmal Komputer dan dikendalikan oleh Pn. Mailin M, Pn. Mulia Gunu dan saya, En. Delver Yunus.

 

Dan hari terakhir bagi pertandingan ini ialah khamis iaitu 22 Julai 210, pertandingan menulis nombor dalam perkataan dijalankan di tapak perhimpunan dan pertandingan ini dikendalikakan oleh Pn. Wong Fui Ling, En. Mohd Idrus A, dan En. Danial F.Ngah.  dan penyampaian hadiah dilakukan pada hari Isnin iaitu 26 Julai 2010, iaitu dijalankan di Tapak Perhimpunan oleh En. Samie Sandau iaitu Guru Besar SK Kionsom, Inanam dan Pn. Wong Fui Ling iaitu Pengerusi bagi Minggu Matematik ini. Anggaran perbelanjaan bagi keseluruhan pertandingan ini ialah RM332.00, dan kami telah meminimakan perbelanjaan sebaik yang mungkin tetapi disamping itu menjadikan minggu Matematik ini berada di dalam keadaan meriah.

 

Semoga aktiviti seumpama ini dapat melahirkan seorang pelajar yang bijak dalam mata pelajaran matematik seterusnya dapat meningkatkan lagi peratusan akademik terutamanya dalam mata pelajaran Matematik. Diharapkan juga dengan adanya aktiviti ini membolehkan semua pelajar menyedari betapa pentingnya Matematik dalam kehidupan seharian.

Selain itu, saya juga berharap agar aktiviti ini mendapat komitmen daripada pihak pentadbiran sekolah, semua guru matematik dan penyumbang tenaga yang terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga dengan keizinan dan keberkatan daripada Tuhan, minggu Matematik ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

 

Disediakan oleh,

 

________________________,

(EN. DELVER YUNUS),

Setiausaha.

 

 




DARI : mariam67
May.12.12 07:50:12
DARI : brabus069
Apr.12.12 00:29:29
DARI : suhbah
Jan.07.12 13:44:33
DARI : alieya
Oct.11.11 21:25:38
DARI : alieya
Oct.11.11 21:24:45
DARI : alieya
Jul.26.11 12:43:42
Senarai 5 ahli yang terakhir menjawab soalan online ...
Soalan Bahasa Inggeris rina 50.00 %
Soalan Pendidikan Muzik vanture 70.00 %
Soalan Pendidikan Muzik wong fei hong 90.00 %
Soalan Pengetahuan Pemulihan zulkaernayn 30.00 %
Soalan Pengetahuan Pemulihan zulkaernayn 100.00 %

[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color