|
Laporan Panitia Pendidikan Muzik |
|
|
|
|
Written by Pentadbir Portal Sekolah
|
|
Monday, 30 November 2009 14:57 |
|
LAPORAN PANITIA PENDIDIKAN MUZIK 2009
SEKOLAH KEBANGSAAN KIONSOM INANAM SABAH
Pendahuluan
- Pendidikan Muzik merupakan satu mata pelajaran yang penting di sekolah ,kerana ia dapat menyenangkan hati serta memberi keseronokan kepada murid-murid.
Objektif
- Mengikut Sukatan pelajaran yang ditetapkan murid-murid perlu mengenalkan empat aspek dalam Pendidikan Muzik iaitu Persepsi Estetik ,Pngalaman Muzikkal ,Eskpresi Kreatif dan Penghargaan Estetik.
Aktiviti Sepanjang Tahun
-
- Demi meningkatkan lagi mutu dan minat pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Muzik ,guru juga menggunakan pelbagai jenis alat bantuan mengajar seperti CD,alat-alat gendering ,rekorder dan carta-carta.
-
- Penilaian Pendidikan Muzik diadakan dua kali setahun untuk menguji pencapaian murid dalam pelajaran.Bahagian yang diutamakan ialah nyanyian dan meniup rekorder.Guru perlu memastikan murid-murid dapat meniup rekorder dengan cara yang betul.
-
- Pertandingan Nyanyian Karaoke dijalankan di sekolah kepada murid-murid tahun 6 selepas Peperiksaan UPSR untuk mencungkil bakat anak murid.Selain itu ,pihak sekolah juga bersedia menghantar wakil murid untuk mnyertai pertandingan di peringkat daerah.
-
- Panitia Pendidikan Muzik juga bertanggungjawab menyiarkan lagu-lagu symphoni pada waktu awal pagi supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni di sekolah.
-
- Panitia Pendidikan Muzik juga menyediakan prasarana system P.A di bilik guru untuk memudahkan guru-guru di sekolah membuat sebarang pengumuman kepada murid-murid.
-
- Panitia Pendidikan Muzik juga bekerjasama dengan Kelab Bimbingan Seni Budaya di bawah Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan negeri Sabah bagi melatih murid-murid menggunakan alat-alat seperti kompang dan kulintangan yang dijalankan pada hari Sabtu di bawah kendalian jurulatih dari Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Negeri Sabah.
Laporan disediakan oleh,
( MAZLAN OSMAN )
Ketua Panitia Pendidikan Muzik
SK Kionsom Inanam Sabah.
|