Himpunan Pantun Melayu PDF Print E-mail
Written by Haniey   
Tuesday, 21 July 2009 12:13
Article Index
Himpunan Pantun Melayu
Pantun 2 kerat
Pantun Rasa Sayang
Pantun 12 kerat
Pantun Perantau
Pantun Dondang Sayang
Pantun Lagu
Pantun Kanak-Kanak
Pantun 10 kerat
Pantun Agama
All Pages

Pantun Dalam Maksud

Burung jelatik sarang kedidi,
Sarang tempua sarang berjuntai;
Sungguhpun cantik sutera dipuji,
Belacu juga tahan dipakai.

Berbaju batik bujang kelana,
Duduk bermadah di tilam pandak;
Usah dipetik si bunga sena,
Warnanya indah berbau tidak.

Budak-budak mendayung perahu,
Sambil berdayung sambil bermain;
Macam mana bunga tak layu,
Embun menitis di tempat lain.

Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah.

Seri Andalas ke kota Ambon,
Hendak mencari asam paya;
Kasih ibarat setitis embun,
Ditiup angin berderai ia.

Mengapa bising di tepi laut,
Ombak menghempas berderai-derai;
Kusangka tuan beras pulut,
Bila ditanak nasi berderai.

Nasi dingin bersayur mumbang,
Sayur dimasak dalam belanga;
Kami tak ingin melihat kumbang,
Kalau kumbang merosak bunga.

Di sana merak di sini merak,
Merak mana hendak dikepung;
Di sana hendak di sini pun hendak,
Pusing belakang terajang punggung.

Tuan ketam padi pulut,
Saya ketam padi Jawi;
Tuan berkata sedap di mulut,
Saya mendengar sakit hati.

Dari Kuala Pahang ke Kuala Lipis,
Mari dibawa angin utara;
Berhadapan saja mulutnya manis,
Paling belakang lain bicara.

Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidam umpan di kaki gunung.

Buah cempedak buah nangka,
Ditanam orang dalam di dalam kebun;
Haram tidak disangka-sangka,
Buah delima menjadi racun.

Raja di gua jalan ke teluk,
Cantik halus rupa mukanya;
Ibarat buah busuk di pokok,
Hilang manis pahit rasanya.

Meninjau berpadi masak
Batang kapas bertimpal jalan
Hati risau dibawa gelak
Bagai panas mengandung hujan

Panjanglah rumput di permatang
Disabit orang Inderagiri
Disangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari

Pergi ke hutan memotong nibung
Parangnya tumpul tidak diasah
Petir berdentum kilat bersabung
Hujan tak jadi bajuku basah

Riuh rendah di tepi telok
Lihat orang duduk bertenun
Tengah malam ayam berkokok
Serasa tuan datang membangun

Terang bulan di Pulau Pinang
Anak Belanda turun ke kapal
Tengah malam bangkit terkenang
Air mata turun ke bantal.

 



Last Updated on Tuesday, 21 July 2009 12:31
 
Senarai 5 ahli yang terakhir menjawab soalan online ...
Soalan Bahasa Malaysia zuraini 70.00 %
Soalan Pendidikan Muzik freddy fridorin 70.00 %
Soalan Bahasa Malaysia freddy fridorin 80.00 %
Soalan Pendidikan Muzik Yusennendra Jahamin 60.00 %
Soalan Matematik Yusennendra Jahamin 100.00 %

KOTAK PESANAN

Latest Message: 3 days, 7 hours ago
  • Ketua Paniti : Bahan muat turun boleh didapati melalui forum pada ketika ini. Sentiada UPDATE
  • daut anak ta : tq, utk halaman ini dan halalkan apa yg dimuatturun.
  • valentine hi : terima kasih kerana menyediakan ruangan ini untuk berkongsikan ilmu.
  • Guru ICT Sek : Senang aje tu.. ikut kursus seperti dalam ruangan iklan kat bawah ni
  • yusri : hiiii....nak wat website sekolah camni camneee...leh bg tutorial tak...utk makluman sy cg dr perak
  • shahila : actually thanks 4 the resources from downloading,but its great if u join come with the answering scheme..thanks a lot.
  • suriani : salam..minta dihalalkan info yang saya ambil dari laman ni..
  • Timur Waja : Saya di sini ingin meninjau dan melihat susun atur laman ini, dan juga untuk mencari bahan2 berguna untuk muat turun bahan.... Terima kasih, semoga dihalalkan apa yang telah dimuat turun....
  • azlan : halalkan ape y telah didownload... tq veri much!!
  • hj ab mubim : tq for the helpful and useful downloads.

Only registered users are allowed to post

RANKING PENDIDIKAN

Free Ranking System For Malaysian School's Sites and Portals

PAUTAN PENTING

KPM
JPNSABAH
PPDKK
BTPNKK
PKGKK
EDUWEBTV
EMISONLINE
SPPICTS
SSQS
STS
KAMUSONLINE

JADUAL GAJI

BULAN TARIKH
Januari 25.01.2010
Februari 08.02.2010
Mac 25.03.2010
April 22.04.2010
Mei 24.05.2010
Jun 24.06.2010
Julai 22.07.2010
Ogos 25.08.2010
September 23.09.2010
Oktober 25.10.2010
November 10.11.2010
Disember 20.12.2010

NILAI-NILAI MURNI

1 Baik Hati
2 Jujur
3 Berdikari
4 Rajin
5 Berhemah Tinggi
6 Kerjasama
7 Hormat
8 Sederhana
9 Kasih Sayang
10 Bersyukur
11 Adil
12 Patriotisme
13 Bebas
14 Rasional
15 Berani
16

Semangat Bermasyarakat

MENU SLAIDSHOW

PERTANDINGAN BOLA SEPAK PLC2
PERTANDINGAN BOLA JARING PLC2

PEMAJU JARINGAN


MCdN

RUANGAN IKLAN

KURSUS LAMAN WEB

Komuniti JoomlaSabah

September 2010
M T W T F S S
30 31 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Kira turun UPSR
Kira turun 2011

FLASH ALQURAN

alquran

KALENDER SEKOLAH

Wed Sep 08, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Thu Sep 09, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Fri Sep 10, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Sat Sep 11, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2
Sun Sep 12, 2010 @08:00AM - 05:00PM
Cuti Pertengahan Penggal 2

EMEL KRU PORTAL

webmaillogo_copy

KOLEKSI SOALAN

TN_stress_323

Galeri Aktiviti Sekolah

Pertandingan Koir Lagu-Lagu Patriotik

BANK ONLINE

logoeon

http://www.skkionsom.edu.my


[+]
  • Increase font size
  • Decrease font size
  • Default font size
  • default color
  • blue color
  • green color